Semester ni kita ada cuma 3 subjek tapi rasanya sem ni lah yang paling mencabar. Kelas design start pukul 1.15 tgh sampai 10.30 mlm. pas tu sambung pulak esok pagi dengan kelas Sejarah Senibina Moden dan Amalan Senibina. Pas tu sambung balik dengan Design. Tak tau kat mana nak relax. Rasanya weekend life takde la sem ni. Apa pun anggap lah ini sebagai cabaran. tak lama lagi dah. Sem ni je tinggal. So kepada semua, buatlah yang terbaik. Kita cuba tetapkan satu level yag tinggi untuk dijadikan panduan dan cabaran untuk orang-orang selepas kita.
Kelas design telah disahkan akan diajar oleh Pn. Yati dan En. Shahrul (bye-bye Pn. Linda dan Pn. Nik..uhuk..uhuk). Walau apa pun cerita yang kita dengar pasal diorang, kita anggaplah ini sebagai cabaran dan cubalah dapatkan yang terbaik. Ingat, design ni yang paling penting. HPNM kita nanti banyak bergantung kat design ni la.
Kelas Sejarah Senibina Moden pulak diajar oleh Pn.Atikah. Lecturer yang kita tak pernah kenal lagi sblm ni. Suaranya bila mengajar bisa menggegar jantung ini..tapi..kenapa masih ada yang tidurrrr ya? Penat kot malam tadi buat design..
Kelas Amalan pulak En. Shahrul (En. Shahrul lagi???) yang ajar. Jumpa muka dia je la. Tapi takpe. Dia ok kan? Lawak dia jenis pentium dual core. saper yang jenis pentium iii tu mesti tak paham.
Ok la guys . As usual, Do your Best. InsyaAllah kita akan mendapat markah yang setimpal dengan usaha kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment