Thursday, September 17, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Sesungguhnya tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan
Berikanlah keampunan dengan hati yang ikhlas dan suci
Maafkanlah segala kesalahan yang dilakukan
Semoga persahabatan kita semua kekal abadi.

Friday, June 19, 2009

Rindu la wei...



wei korang ni bila kita nak set jumpa lagi.... rindu ngan perut leman & janggut nazri....

Saturday, April 25, 2009

Anak sape lah ni...



Nama penuh : Nuramirah Maisarah Bte Mohd Fuad

Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan

Hobi : Jadi model bapak, dan gi jalan2...walaupun bapak saya selalu tinggalkan sabtu & ahad.

Aktiviti hari2:
pagi2
- bapak anta gi sekolah (rumah mak janda jaga anak)

ptg
- mak amek dari sekolah
- papa sampai rumah terus nak ajak tolak basikal
- walaupun berat dah 12 kilo wajib kena dukung selalu

mlm
- tido bawah ketiak mak...smbil ehemm..ehemm

tgah mlm
- takleh tido lena, mak ngan bapak suka tido goyang katil

sabtu & ahad
- Suka main lari2 tak kira kat mana.. nanti papa kejar hehehe
- nak naik tangga bergerak sendiri tanpa bantuan..

cita-cita : bapak suruh jd arkitek, mak suruh jadi akauntan.... akan dtg tak tau la


sekian....
Yang benar.... bapaknyer...

Tuesday, February 03, 2009

TT first NZ wangsa maju


Sulaiman A.K.A manisa

Zaidon... happy dgan baby baru

mas

padil

Yusri A.K.A bakal tokey kedai makan

yazid.... dah nak kahwin dah mber aku ni

aku sampai lmbat so diorg dah melantak abis dah..

sebelah yazid tu awek dia..

arm + bini dah berbadan dua tu sorry ar... lupe nak amek gmbo korang...

mawi pun aku lupa

yang penting mmg muka aku takde sbb aku lupe amek gmbo sendiri

apapun thanks mawi sbb dia open table mlm tu.. nyesal aku mkn roti tampal jee... hehehe...thanks mawi... hope jd best student space...amin

Monday, November 17, 2008

Akma kat website Bunga Cinta Lestari & Ashraf sinclair



akma famous tu... ada muka dia kat website rasmi Bunga Cinta Lestari & Ashraf sinclair

laman web : http://www.bashinlove.com

Monday, November 03, 2008

Persandingan Akma & Azhan



ni antara gmba dari majlis persandingan akma ari tu.. ada bnyak lagi gmba, tp utk di upload aku just select 14 keping je... so utk tengok gmba yg beso ko masuk laman bawah ni k... rugi yg lain tak ikut shoot... seronok layan akma amek gmbo... hehehe (tanduk setan)

klik - http://www.myphotographer.com.my/blog
klik - http://adphotogenic.fotopages.com

Friday, October 31, 2008

Misi Ziarah 08

Misi Ziarah 1


Majlis kenduri kahwin Akmar di PD. Yang datang, Mawi, Nazri, Zaidon, Ima dan juga Fuad sebagai photographer (nanti dia edit le muka dia masuk kat dlm gambar ni). Ni gambar selepas acara potong kek. Merah menyala baju akmar. Anak aku cakap macam princess. Ye la... raja dan ratu sehari kan! Esok gosok ler periuk belanga kat dapur tu. hehehe.

Makan-makan sambil menunggu Akmar tukar baju. Fuad ketawa besar...puas dapat ambil gambar Akmar. Ima tiada dalam gambar sebab waktu ni dia pergi cari kasut yang dikebas orang. Nasib baik jumpa.

Misi Ziarah 2


Dari rumah Akmar ke rumah abg Long pula. Cuma Mawi, Zaidon dan Nazri sahaja yang pergi. Fuad belum `punch-out', so tak boleh ler ikut. Sempat le perut tu kosong balik sepanjang perjalanan dari PD ke Melaka. Sampai kat sana kitorang pun bedal habis-habisan makanan yang dihidang. Sedap. Pandai bini abg Long masak. Abg Long sekarang dah kerja kat tempat baru, jawatan baru dan kereta baru. Jangan bini pun baru udah ler. Camnepun, tahniah buat Abg Long. Tak sia-sia sambung belajar kan?

Misi Ziarah 3


Perut masih belum puas. Malam tu kitorang serbu ke rumah Leman pulak. Abg Long tunjukkan jalan. Rumah baru Leman yang baru dirasmikan semalam. Cantik, besar dan gagah perkasa rumah Leman. Kitorang pekena murtabak gergasi special (dah lupa apa nama murtabak tu). Tak lama lepas tu Azhar pun sampai dgn famili dia dari Tampin. Cayalah Azhar! call ajer terus datang. Jadi dah ada 6 orang KSS malam tu. Masing-masing bawak famili, macam hari pendaftaran semester baru la pulak aku tengok.

Malam tu Leman pelawa kitorang semua tidur kat rumah dia. Ok jer. Save duit hotel. hehehe. Lagipun dah lama tak dengar dengkuran Leman dan Nazri masa tidur. Teringat pulak dulu masa kat PD bila tak boleh tidur malam gara-gara dengkuran diorang tu. Sebelum tidur, Leman bawa pergi minum-minum dulu. Biasalah Leman!, at least 3 round minum dulu baru boleh balik. Nak balik rumah pun sempat lagi Leman bawak kitorang tour kat kawasan MITC Melaka. Errr...pukul 3 pagi daaa.....
































Gambar kenang-kenangan depan rumah Leman .








Geng bas sekolah (over age)

Sunday, September 28, 2008


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sesungguhnya tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan
Berikanlah keampunan dengan hati yang ikhlas dan suci
Maafkanlah segala kesalahan yang dilakukan
Semoga persahabatan kita semua kekal abadi.

Friday, August 15, 2008

Thursday, August 14, 2008

MAJLIS PERNIKAHAN AKMAR

Tarikh : 08/08/08
Tempat : Masjid Putrajaya
(Gambar ehsan Akmar)













Saturday, May 03, 2008

RAPTAI KONVO 2008


TIARA BEACH RESORT- 22 April 2008, Pada waktu 2.30 petang majlis raptai untuk seisi konvokesyen Jun 2007 telah dimulakan. Dengan ini bermulalah detik-detik indah untuk semua pelajar yang telah menamatkan pembelajaran mereka di Politeknik Port Dickson. Ini ada lah perjumpaan pertama keseluruhan mereka setelah tamat seisi pembelajaran pada Jun 2007.


Suasana didalam ballroom tiara bergitu meriah dengan gelak tawa dan senyuman dimana rakan-rakan semasa beljar telah ditemukan kembali. Sememangnya banyak kenangan silam antara mereka. Termasuklah kelas kami KSS DSB 05..



Kedudukan kami sekelas didalam Ballroom itu. Tempat barisan kedua belah kiri. Kiranya row paling depan la. kalau dalam wayang kat sini mmg view yang tak menarik. Tapi disebabkan banyak awek's kat belakang so kiranya tempat ni best la.


kami waktu ni tengah standby utk turutan mengambil scroll di pentas... macam2 ragam ada tp trademark kami baju kami semua sama. Best...

Wednesday, April 30, 2008

RAPTAI KONVO 2008


Created with Admarket's flickrSLiDR.


ni hasil dari kamera mawie n nazri... stage by stage k... arini aku nak tunjukkan utk raptai je dulu...hehehehe

Friday, April 25, 2008

Mama-Q


KONVOKESYEN KSSDSB05 2008

Assalamualaikum...... wah! alhamdulillah, akhirnya kita semua telah berjaya melalui pelbagai perkara selama 2 tahun belajar partime di Politeknik PD. Mmg ku akui banyak pahit manis semasa kita kat sana. Ada gaduh-gaduh, bermasam2 muka, taknak tulis nama kat board, pindah rumah, n bermacam-macam lagi la. Tp satu je aku raspek kat korang semua, walau apapun yg terjadi kita semua tetap bersama. bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. ape da aku mengarut.. banyak lg aku nak masukkan.. tp ini baru sebagai pemanas gamba..yg ni takkan sama ada pada copy korang sbb aku dah edit. so terimalah dr aku...

untuk mawi ada special ckit.. sbb sblm balik tu dia sanggup jadi model suami, isteri dan ...........so layan....zazzzzzzz



Monday, April 07, 2008

Sunday, April 06, 2008

Kss Dalam Kenangan


1. Sulaiman - Model Master


2. Fuad - 3D & Photography Master


3. Shasha - The best `makcik'


4. Zul - Penang mari


5. Murthada - PAS staunch supporter
6. Marhalim - a.k.a Abg Long (most helpful person)


7. Nazri - na..na..na..na..na..Ganu kite...


8. Azmalina - Orang kuat SMT Rembau


9. Norhazilma - The most reliable mom


10. Azhar - a.k.a Ujang @ tauke


11. Mawie - Ketua kelas

12. Yazid - a.k.a Romeo (di mana bumi dipijak, di situ ada awek)


13. Akmar - Anak dara pingitan / rebutan


14. Zaidon - The most trusted person


15. Mohairi - Orang `Bandaraya'