Thursday, September 07, 2006

KURSUS SECARA SAMBILAN

POLITEKNIK PORT DICKSON
KURSUS SECARA SAMBILAN
DIPLOMA SENI BINA ( DSB )


PENGENALAN

Kursus Diploma Seni Bina secara sambilan yang dicadangkan ditawarkan di Politeknik Port Dickson membolehkan lulusan Sijil Seni Bina Politeknik Malaysia terus bekerja sambil belajar untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Kelayakan Diploma yang dianugerahkan adalah setara dengan Diploma Seni Bina secara sepenuh masa. Kurikulum yang bakal dipelajari telah diluluskan oleh Lembaga Kurikulum di Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum ini bersifat anjal dan telah digubal oleh pakar – pakar dalam bidang Seni Bina dan dikaji dari masa ke semasa bagi mempastikan ianya sesuai dan mampu melahirkan bakal pembantu arkitek yang kreatif, kompeten dan berketrampilan.

Disamping itu, kelayakan Diploma ini membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di universiti – universiti tempatan atau luar negara.

STRUKTUR KURSUS

Setiap calon diwajibkan mengikuti dan lulus modul – modul berikut bagi melayakkan mereka dianugerahkan Diploma Seni Bina

Kod Modul / Mata Kredit

A4003 English For Technical Purposes 4 / 1.5
C4326 Kemudahan Bangunan 3 / 2
C4327 CADD 3 / 3
C4328 Seni Reka 3 / 5
C4330 Sains Persekitaran / 2
C4331 Sejarah Seni Bina Asia / 1
A5003 English For Technical Purposes 5 / 1.5
C5328 Seni Reka 4 / 7
C5332 Amalan Seni Bina / 2
C5333 Lukisan Terukur /3
C5627 Reka Bentuk Lanskap /2
C5628 Aplikasi Multimedia /2

KELAYAKAN MENGIKUTI KURSUS

Calun – calun hendaklah memenuhi syarat – syarat berikut :

Calun mestilah warganegara Malaysia.
Memiliki Sijil Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang
· Sijil Seni Bina
a. Memperolehi sekurang – kurangnya HPNM (Himpunan Purata Nilaian Mata) 2.50 pada semester 4
ATAU
b. Mempunyai sekurang – kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon.

TEMPOH DAN MASA KURSUS
Tempoh kursus adalah selama 4 semester dan dilaksanakan pada sebelah petang dan hujung minggu seperti berikut :

Sabtu : 2.00 petang – 6.00 petang
Ahad : 8.30 pagi – 6.00 petang.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi:

Pegawai LPL,
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan,
Politeknik Port Dickson,
Km. 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa,
Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-6622017 / 06-6622000/111
Fax: 06-6622026
E-mail: sahul@polipd.edu.my
Homepage: www.polipd.edu.my

1 comment:

Anonymous said...

bak kater bijak pandai : "Carilah ilmu hingga ke negara china" - cabarlah diri anda-berani???!!!!