- Seni Reka 3
- Sains Persekitaran
- Sejarah Senibina Asia
Mulai semester ini, kami membuat keputusan bagi semua kerja berkumpulan, ahli kumpulan akan diundi. Ini bagi memberi keadilan dan keseimbangan kepada semua kumpulan. Tiada lagi kumpulan yang semua ahlinya berada di KL manakala kumpulan lain pula ahli-ahlinya berselerak dari Penang sampai ke Melaka.
Bagi semester ini, subjek Seni Reka 3 merupakan subjek utama dan yang paling susah dan menyibukkan kami semua. Bagi subjek Sains Persekitaran dan Sejarah Senibina Asia pula walaupun hanya memberikan 1 mata kredit tetapi cukup untuk menggangu tumpuan kepada Seni Reka. En. Shamsul Johari sekali lagi mengajar kami untuk subjek Sains Persekitaran. Pening kepala dibuatnya kerana istilah-istilah teknikal dalam bahasa Malaysia yang terasa pelik. Pn Rohani pula mengajar subjek sejarah Senibina Asia. Simple tetapi menarik. Beliau banyak meringankan beban kami yang sememangnya kurang menumpukan perhatian kepada subjek ini.
Bagi subjek Seni Reka pula, ketika inilah hidup kami menjadi tunggang-langgang. Selepas waktu pejabat terus sambung buat design sampai malam dan kadangkala sampai pagi. Bila dateline dah dekat, anak-bini pun dah tak jumpa. Mana taknya , bila balik rumah diorang dah tidur dan pergi kerja pagi, anak-anak masih tidur. Apa nak buat, dah ini jalan hidup yang dipilih.
Pada mulanya, 2 orang pensyarah yang mengajar kami iaitu Pn. Ruslinda dan Pn. Nurzalina. Selepas beberapa minggu, Pn. Nurzalina menarik diri (mungkin tak tahan melayan karenah kami kerana pada waktu itu beliau sedang mengandung) dan digantikan dengan Pn. Nik Hasnira.
Terdapat 3 tugasan yang diberikan:
- Philosophy Of Architecture - mempelajari falsafah-falsafah senibina dan mengkaji arkitak terkenal.
- Urban Development - masterplan (kerja berkumpulan)
- Public Building - projek utama. Merekabentuk sebuah bangunan awam.
No comments:
Post a Comment