Monday, November 13, 2006

Cabaran Menyiapkan Kerja LUKISAN TERUKUR

Alhamdulillah, akhirnya siap juga segala tugasan bagi subjek Lukisan Terukur. Walaupun berbagai cabaran dan masalah yang terpaksa dihadapi.
Bermula dari kerja-kerja mengukur di bangunan kajian, sehiggalah kepada penyediaan lukisan, laporan dan pembuatan model, semuanya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua ahli kumpulan.
Ada pengalaman manis dan yang pahit pun banyak juga. Walaubagaimanapun, tahniah kepada ketiga-tiga kumpulan kerana berjaya menyiapkan tugasan ini. Semoga kita semua mendapat markah yang setimpal dengan usaha kita.

Kerja-kerja pembikinan model oleh kumpulan Sulaiman.


Peringkat awal. Baru naik tiang. Tengok le kat tingkap belakang tu..siang lagi.


Naz macam pegang colok jer...semah tapak model dulu ke?



Time nie dah pukul 2;30 pagi. Waktu tempatan studio senibina PD. Yang sorang tu dah bukak baju. Nasib baik sempat siap, kalau tak ntah apa yang tinggal kat badan tu..


Akhirnya siap, jam pukul 3:30 pagi. Leman dgn bangganya bergambar bersama modelnya. Mata tu sebenarnya dah tak leh bukak lagi tu..sebab tu dibulatkan-bulatkan mata yang asalnya sepet. Camne pun tahniah. Model korang memang dahsyat!

No comments: