Tuesday, January 16, 2007

Tahniah semua

Assalamualaikum,
Apa khabar semua, harap sihat-sihat belaka. Macam mana cuti nie? Best ke? Ramai yang senyap je tanpa khabar berita. Takpe la, cuti la namanya kan? Time ni la nak relax dengan famili.
Korang dah tengok result masing-masing? Tahniah kepada semua kerana semuanya lulus dengan cemerlang. Semoga semuanya mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha kita pada semester lepas. Syukur alhamdulillah. Walaupun ada yang point kurang sikit dari yang lain tapi secara puratanya semua HPNM meningkat naik. O.k la...kalau bebudak full time tu..nak dapat 3.0 ke atas pun berat gak. Kelas kita semuanya 3.2 ke atas. Sekali lagi tahniah!

Minggu depan kita mendaftar untuk semester yang terakhir. Rasanya semua orang tau yang semester ni yang paling susah sebab ada subjek Design. Semester dua punya design pun dah kelam kabut, lagi pulak semester ni punya design. Camnepun nak tak nak kita kena hadapi jugak kan? Sentiasa ingat yang ini semester yang terakhir dan tinggal inilah saje peluang untuk kita bermati-matian untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Bila dah habis tak boleh nak buat apa-apa lagi dah, so ..cubalah yang terbaik. Semoga diakhir semester nanti semuanya dapat anugerah dari ketua jabatan. Kita cuba cipta satu rekod yang terbaik. KSS BOLEH!

SELAMAT BERJUMPA DI HARI PENDAFTARAN.
WASSALAM