Thursday, March 06, 2008

Konvo

KONVOKESYEN KE 17 POLITEKNIK PORT DICKSON

Tahniah Dan Selamat Datang

Pengarah dan Seluruh Warga Politeknik Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah ke atas semua graduan yang berjumlah 1,740 org yang akan dianugerahkan sijil dan diploma sempena Majlis Konvokesyen ke-17, Politeknik Port Dickson. Laman Web ini diwujudkan untuk menyediakan informasi/ maklumat berkait dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson kali ke-17 yang akan berlangsung pada 23 & 24 April 2008 bertempat di Dewan Ball Room, Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Majlis konvokesyen ini dibahagikan kepada dua sidang iaitu Sidang 1 adalah untuk Lulusan Jun 2007 dan Sidang 2 adalah untuk Lulusan Disember 2007

Peringatan Untuk Semua Graduan Yang Akan Hadir

Para Lulusan yang bersetuju untuk menyertai Majlis Konvokesyen Ke-17 ini dikehandaki menghantar Borang Jawapan Kehadiran ke Urusetia Majlis Konvokesyen sebelum atau pada 04 April 2008 dan hendaklah mematuhi semua arahan yang terkandung di dalam Panduan Para Lulusan. Oleh kerana ruangan di Dewan Ball Room adalah terhad, para lulusan haya dibenarkan untuk membawa masuk seorang tetamu sahaja.
Para Ibu Bapa dan Tetamu Lulusan juga dinasihatkan datang awal pada hari majlis iaitu seawal jam 7.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan. Seramai 2,000 - 3,000 pengunjung dijangka hadir ke PPD sempena Majlis Konvokesyen ke- 17 Politenik Port Dickson pada kali ini.

No comments: