Sunday, July 29, 2007

Design process.....Crit....no zzzzz

Design process
Sebaik saja habis present analisis, esoknya terus dah start buat design. Waktu nilah yg paling kritikal. Bukan apa, badan dan otak dah letih kerja dari isnin - jumaat, lepas tu nak perah lagi utk design. So masing-masing sibukla dgn design bangunan diorang. Leman dgn hotel org tuanya, Mawi dgn hotel pesakit, Fuad dgn anai-anai. Grup konvensyen pulak ada yg buat kapal, kanak-kanak, kereta dll lagi. Mcm-mcm le karenah yg ditanggung dek lect masa krit kitorang. Ada yg kena komen sikit, ada yg banyak, yg gelak2 dan marah2 pun ada. Biasa la, nak dapatkan yg terbaik.

Disebabkan design le, jadual hidup dah tak menentu, kelas yg sepatutnya habis kul 10.30 mlm, dah jadi sampai pagi keesokannya. Rumah sewa pun tak jengah dah. Balik pagi pun nak mandi, lepas tu sambung kelas sejarah pulak. Seksa rasanya nak habiskan. Tapi bila fikirkan ni last sem, kuatkan je la semangat. itupun ada jugak yg tertewas. Macammana pun banyak yg dpt kita belajar mengenai proses design ni dari Pn. Yati dan En. Shahrul. Walaupun nampak diorang tu cerewet, tapi lagi banyak cerewet, lagi banyak ilmu yg kita dapat. Jadi cuma terpulang pada kita samada nak terima ke tak.


Crit
Sessi crit ni ada tiap-tiap minggu. Ikut jadual dan progress kita. Lain org, lain habuan dia. Ada yg kena tukar balik semua, ada yg ok je. Ada yg tak lepas-lepas lagi kat konsep. Mcm-mcm gaya. Kadang-kadang ada yg angin bila dah design selama seminggu, skali krit kena reject. Yg nangis pun ada (dalam hati saper yg tau).

Sessi Crit dgn arkitek dari luar
24/03/2007


Leman tgh krit hotel org tuanya. Bercerita ttg konsep wau." Tak paham?, kalau tak paham kena jadi org tua, baru blh paham". semua org pun tetiba je paham.

Shasha sampai mencangkung menerangkan dan mempertahankan design nya dari di komen oleh arkitek luar (nama dia lupa laaa....Akmar ingat kot, minat gila). Bila Shasha krit, org lain blh buat relax la...lama tuuu. Shasha...semua org tau kalau dah start cakap....non-stop.

Sementara menunggu Shasha habis krit. Akmar explain kat budak full-time, Mawi menyibuk (sbb ada awek), Fuad.....woit! ko tgk apa tu? Lain jer arah pandangan ko!..
No...zzzzz
Dah nama student architecture kan? kena la korbankan waktu tidur. Dari sabtu sampai ahad, straight kat dlm studio, sampai air-cond rosak le. Dia pun nak relax gak. Berbaloi ke? Seronok ke pengalaman ni?


2 comments:

Anonymous said...

ha.. ha.. pandai ler kater orag minat giler kat mamat arkitek luar tuh.. tapi.. "c.u.t.e" gak weiii.. me: akmar

Anonymous said...

ok la...mamat arkitek tu pun tak kahwin lg...-author