Monday, July 30, 2007

Karenah Design...

Tempoh masa dari bulan Feb hingga April memang sangat mencabar bagi semua orang. Tapi tak dinafikan ianya adalah satu pengalaman baru. Walau dah berapa tahun pun anda bekerja dlm bidang architecture ni, pengalaman dalam studio design memang tak dapat dilupakan. Berbagai karenah kita boleh jumpa. Cuba kenang-kenang balik... betul ke tidak?

1. Anda dah tau sangat dengan bau gam UHU (Ada yg dah rasa pun).

2. Anda takkan percaya bila kawan anda kata kerja dia belum siap lagi. Anda mesti kata " Ah! ko, takkan tak siap lagi.. tengok?"

3. Anda boleh hidup tanpa makan, minum, cahaya matahari dan kawan2, tapi kalau komputer `hang / kong'...Mamposss!

4. Anda dah paham kenapa ada org (mcm Leman) yg sanggup perabih duit buat base model siap dgn frame dan kaca skali (cantikkk wooo).

5. Anda juga dah paham kenapa ada orang yang sanggup pergi pantai semata-mata nak kaut pasir (buat rumput versi Leman).

6. Anda dah menjadi pakar kesihatan dalam bab kesan-kesan kafein dalam minuman ( kes tak mau tido).

7. Anda dah boleh tido dlm apa jua keadaan... atas meja studio (favourite spot Mawi), sambil duduk atas kerusi (Leman dan Nazri je blh buat), dalam kereta, atas lantai, dan mana-mana tempat le..asal bole tido.

8. Anda menghabiskan lebih banyak masa di studio dari di rumah.

9. Anda dah hafal kat mana kedai-kedai makan yg buka 24 jam.

10. 10 mlm (sabtu), anda anggap...banyak masa lagi..lect nak esok. 12 tgh mlm... `aahhh! 8 jam lagi. 5 pagi (ahad), meraung!!!

11. Tak tido berhari-hari menyebabkan anda berasa `high'. Khayal free. Tapi masih boleh pandu kereta.

12. Bila terhiris jari semasa buat model, anda akan fikirkan samada boleh siap ke tak model ni, sakit?... tak terfikir pun.

13. Ayat famous..."Encik Shahrul...nak beli air". dan anda dah hafal air apa yg ada kat dlm fridge lecturer.

14. Ayat famous (Leman)...." woi...jom la makan...ala Fuad.., org lain pun tak siap lagi".

15. Bila lecturer tanya "bila u all nak balik ni?" Anda akan jawab "sekejap lagi puan..."
sekejap lagi tu maknanya tak balik sampai ke pagi le tu...

16. Perjalanan anda dari KL ke PD cuma ambil masa 2 jam, tapi dari PD ke KL.....5 jam. Lambat kerana upacara tido dlm kereta di hentian Seremban.

17. Anda sanggup ponteng kelas lain semata-mata nak buat design.

18. Bagi anda, jam bukan untuk menunjukkan waktu tetapi sebagai `countdown'. " dah pukul berapa dah?..alamak tinggal lagi 3 jam!".

19. Selepas segala penat lelah anda buat design, orang akan tetap kata..."kenapa awak tak buat macam ni?", atau.... "apa kata awak tukar sikit design awak", atau.... "saya rasa baik awak tambah sikit kat sini" dan yg paling mengerunkan..."saya tak berkenan la dengan design awak ni...tukar lain la.." @#$%*!

20. Akhirnya selepas krit, anda mampu untuk tido `straight' selama 12 jam. Walaupun alarm berbunyi...tak lut..

3 comments:

Anonymous said...

yeaaaa....gua suka yang no. 19 tu...betulla, tak kira mcm ne pn kita dsgn, ttp kena komen kan..kan..kan?

Anonymous said...

yeelaaa... itukan untuk kebaikan korang jugak..kan...kan...kan?

Anonymous said...

gue rindukan waktu2 tu sumer dan korang gak... huaaawaaaaaaa