Tuesday, January 15, 2008

MYlittlePRINCESS




Alhamdulillah, dengan izin yang maha Esa kami sekeluarga telah dikurniakan seorang cahaya mata pada 29 Novemer 2008 pada 12.40mlm. Dan cahaya mata kami adalah seorang puteri. Setelah itu saya telah memberi nama puteri kami itu dengan nama NUR AMIRAH MAISARAH (cahaya puteri kesenangan).

Antara pengalaman yang saya dpt kongsikan dgn anda semua adalah ketika isteri saya sudah nak bersalin di dalam wad bersalin. saya ada disisinya ketika itu. Itulah pengalaman yang tak dapat saya lupakan kerana tak dpt saya nak luahkan dgn kata2 yg bertapa ajaibnya ciptaan tuhan. Dari air mani terjadinya seorang manusia yang bernyawa dan cukup sifatnya, dikandungkan oleh ibunya dalam masa 9 bulan 10 hari. Banyak lagi kebesaran Allah yang saya sendiri tak pernah hadapi lagi... ia bnyak menyedarkan saya akan kebesarannya...

ni saya br dpt edit ckit dari apa yang saya dah ambil gamba selama 2 minggu saya bersama puteri saya. Buat masa ni saya terpaksa meninggalkan puteri saya bersama dengan isteri di kampung halaman mereka (sekarang bujang lagi...hehehehe).

2 comments:

Anonymous said...

Salam bro dan tahniah. Anak kau ni lahir tahun 2007 ke 2008? Kalau tarikhnya 29 nov, jawabnya sama la dgn birthday uncle mawi. Nanti blh le celebrate sama2 ye Maisarah. mawi

Anonymous said...

tarikh puteri ko lahir pada 29/November/2007 ker 29/12/2007? fakta bercanggah la kat atas n kat bawah nie.. akmar